Friday 26 January 2018

PENGERTIAN DAN PROSES PENTADBIRAN

PENGERTIAN PENTADBIRAN


Pentadbiran bererti perbuatan melaksankan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain. Dengan kata lain, pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pemerintahan atau kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.



PROSES PENTADBIRAN

1. Penentuan tujuan yang hendak dicapai, yang sifat, dan bentuk tujuannya akan menentukan kegiatan yang seterusnya.


2. Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, ialah yang mencukupi tujuan akhir, strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.


3. Perumusan polisi iaitu pimpinan organisasi yang bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan.


4. Pengambilan keputusan, yang merupakan satu proses penting dalam pentadbiran.


5. Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan yang selanjutnya dilaksanakan atau dengan kata lain disebut sebagai fungsi pengurusan seperti perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.


6. Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem) yang membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya.


7. Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas yang merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baharu, perancangan semula, memperbaiki sistem pengurusan dan sebagainya.


2 comments:

PENGERTIAN PENGURUSAN                       PENGURUS                                         ORGANISASI                    ...