Tiga prinsip pengurusan Islam:
>>Demokrasi
>>Syura
>>Delegasi
🔊🔊Demokrasi
👉👉Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.
✍✍Syura
👉👉Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.
Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
Ciri-ciri Pengurusan Islam
2.1.4.1 Ciri-ciri Umum
Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.
Ciri-ciri Khusus
a. Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
(Surah Al-An’am : 6:162)
b. Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
(Surah An-Nisa : 4:58)
No comments:
Post a Comment